fbpx

‘Nasi lemak ayam goreng di JB lebih mahal berbanding di KL’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ONN HAFIZ bersalaman dengan salah seorang ahli Dewan Perniagaan Cina sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan ACCCIM ke-79 di Johor Bahru hari ini. - Foto oleh RAJA JAAFAR ALI / KOSMO!

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi akui kos sara hidup di bandar raya ini semakin meningkat sehingga mengatasi beberapa bandar raya utama lain di Malaysia.

Sehubungan itu, beliau menegaskan kerajaan negeri akan memberikan tumpuan khusus kepada usaha menangani inflasi dalam usaha menjadi negeri maju menjelang 2030.

“Cabaran utama ketika ini adalah menangani inflasi. Ribuan rakyat Singapura menyeberang Tambak Johor pada hujung minggu untuk membeli barangan runcit dan kita dapat lihat harga makanan serta sewa semakin meningkat.

“Sebagai contoh, sepinggan nasi lemak ayam goreng berharga sekitar RM9 di sini, manakala hidangan sama di Kuala Lumpur hanya RM7. Ini jelas menunjukkan Johor semakin mahal,” katanya berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-79 Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Bersekutu Malaysia (ACCCIM), di sini hari ini.

Beliau turut mengakui bahawa harga hartanah di Johor Bahru khususnya telah semakin meningkat sehingga sebahagiannya lebih mahal dari harga hartanah di Singapura.

“Bagaimanapun begitu, hartanah di sini masih kekal laku, sehubungan itu saya menyeru agar pemaju hartanah memperbanyakkan pembinaan rumah kediaman mampu milik. Saya menyeru komuniti perniagaan di negeri ini untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri dalam menangani isu tersebut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI