MINGGU ini padat media sosial apabila ramai mengulang siar video memaparkan dua ahli kumpulan Sekumpulan Orang Gila (S.O.G) iaitu Raja Nazrin Shah dan Raja Nazmin Shah menjawab kuiz berkaitan pengetahuan am dan matematik.
Menariknya, dua beradik itu membuatkan ramai teruja apabila sangat pantas menjawab setiap soalan yang rata-ratanya mengenai bendera negara dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) menerusi video milik @tekatrivia tersebut.
Kebijaksanaan mereka membuatkan ramai menzahirkan pujian dan melabel mereka sebagai adik-beradik genius sekali gus mengikis stigma bahawa golongan pemuzik kurang bijak berkaitan akademik.