fbpx

‘Trump mahu tamatkan perang, bukan penyokong peperangan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan bersama Rubio di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, hari ini. - Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Marco Rubio menyifatkan Presiden AS, Donald Trump bukan penyokong peperangan.

Beliau berkata, hal ini kerana sehingga kini AS tidak melihat sebarang kemajuan bagi menamatkan peperangan di Ukraine.

“Perang ini sangat memakan kos dan berdarah. Presiden mahu menamatkan peperangan. Beliau bukan penyokong peperangan. Beliau melihat perang sebagai satu pembaziran masa dan nyawa.

“Oleh itu, kami akan terus berusaha sebaik mungkin dan terlibat dalam apa jua cara yang produktif untuk menamatkan peperangan ini,” katanya kepada media selepas mengadakan mesyuarat tiga hala antara AS, Jepun dan Filipina di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Ditanya mengenai pendekatan baharu berkait Ukraine, Rubio berkata, ia lebih kepada idea atau konsep baharu yang akan dibawanya kepada Trump untuk dibincangkan.

“Konsep atau pendekatan ini bukanlah sesuatu yang secara automatik membawa kepada perdamaian, namun ia berpotensi membuka laluan ke arah penyelesaian.

“Tetapi seperti yang saya katakan, Presiden amat jelas dengan pendiriannya. Beliau kecewa dengan ketiadaan kemajuan terhadap perang yang sepatutnya tidak berlaku langsung,” katanya.

Sebelum ini, Trump mengakui perbualan telefon dengan Presiden Russia, Vladimir Putin tidak menunjukkan sebarang kemajuan untuk menamatkan perang di Ukraine. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI