fbpx

‘Fan Fries Meal’ McDonald’s gegar Bukit Bintang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sekitar sambutan Hari Kentang Goreng Sedunia yang berlangsung di McDonald’s Bukit Bintang, malam ini. -Foto oleh M. FIRDAUS M. JOHARI

KUALA LUMPUR – McDonald’s Malaysia menghidupkan suasana Bukit Bintang dengan sambutan Hari Kentang Goreng Sedunia menerusi pelancaran hidangan khas ‘Fan Fries Meal’, malam ini.

Tepat pukul 8.30 malam, semua skrin Digital Out-of-Home (DOOH) utama di kawasan tumpuan itu bertukar keemasan dengan paparan visual kentang goreng ikonik McDonald’s sebagai simbolik pelancaran sambutan berkenaan.

‘Fan Fries Meal’ merupakan hidangan McValue edisi terhad yang buat julung kalinya memperkenalkan kentang goreng bersaiz XXL, khas buat peminat tegar snek rangup tersebut.

Menariknya, hidangan tersebut turut dipadankan dengan minuman menyegarkan dan snek sampingan menjadikannya satu set lengkap menggamit selera pencinta kentang goreng.

Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia, Chin Mei Lee berkata, pelancaran itu mencetuskan keterujaan dalam kalangan orang ramai yang menyaksikannya secara langsung di lokasi ikonik berkenaan.

“Kami tahu rakyat Malaysia memang tak pernah puas dengan kentang goreng kami. Fan Fries Meal ini lahir daripada kecintaan itu hidangan untuk peminat, oleh peminat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, McDonald’s mahu mencipta sesuatu yang bukan sahaja menggembirakan, namun mampu menyatukan semua orang menerusi hidangan yang digemari ramai.

“Sama ada dinikmati bersama keluarga atau rakan, ini adalah cara kami menghargai dan meraikan detik manis bersama pelanggan,” ujarnya.

Katanya, sambutan tahun ini juga menyambung inisiatif kreatif McDonald’s dalam memperingati Hari Kentang Goreng Sedunia, selepas kejayaan lintasan pejalan kaki bertema kentang goreng di Bukit Bintang pada 2022 dan paparan gergasi di Menara KL tahun lalu.

“Kami bukan sekadar menyajikan makanan kami mencipta momen. Sama ada melalui visual berani atau hidangan sederhana, kami sentiasa mencari cara kreatif untuk menceriakan hari pelanggan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI