fbpx

Trump umum tarif import 50 peratus bagi tembaga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG pekerja bekerja di lombong tembaga di El Teniente, Chile, 2 April lalu. - Foto AFP

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menyatakan bahawa beliau akan mengenakan tarif baharu sebanyak 50 peratus ke atas semua tembaga yang diimport ke negara itu, lapor saluran berita CNN. 

Namun, setakat ini tidak jelas bila tarif baharu itu akan berkuat kuasa.

“Hari ini (semalam), kami (akan) menguatkuasakan kadar tarif tembaga,” katanya pada mesyuarat Kabinet.

Tembaga adalah komponen penting yang digunakan dalam pelbagai barangan, termasuk elektronik, jentera dan kereta. 

Tarif ke atas tembaga boleh menjadikan barangan itu lebih mahal untuk rakyat Amerika. 

AS mengimport tembaga bernilai AS$17 bilion (RM72 bilion) pada tahun lepas, demikian menurut data Jabatan Perdagangan negara itu.

Chile muncul pembekal asing terbesar bagi logam tersebut, dengan mengimport tembaga bernilai AS$6 bilion (RM25 bilion) ke AS tahun lepas. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI