fbpx

Penduduk mengeluh terlalu banyak bonggol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BONGGOL yang terlalu banyak di jalan raya di Nkahon Chum. - Foto Channel 8

BANGKOK – Sebanyak 32 bonggol yang menghalang kelajuan dibina di sebatang jalan dalam kawasan perumahan berhampiran Wat Yai Nakhon Chum, wilayah Ratchaburi sekali gus mencetuskan kemarahan dalam kalangan penduduk setempat, lapor laman berita Thaiger semalam. 

Wartawan yang melawat lokasi itu melakukan pengiraan dan mendapati bahawa terdapat 32 bonggol dibina, dan bukan 20 seperti yang dilaporkan sebelum ini.

“Setiap bonggol terletak berdekatan antara satu sama lain dan menyebabkan kesulitan kepada pemandu. 

“Terdapat lebih banyak bonggol daripada yang diperlukan dan orang ramai menyeru kerajaan tempatan untuk mengambil tindakan,” kata keterangan hantaran daripada laman Facebook  ‘Social Hunter 2022’.

Pihak berkuasa tempatan kemudian menyatakan bahawa bonggol itu dibina dengan kos sebanyak 300,000 baht (RM39,000) untuk mengurangkan kemalangan jalan raya.

Ini kerana kawasan itu dikatakan kerap digunakan oleh kenderaan bermuatan berat. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI