fbpx

Lelaki maut dibunuh dua beranak tiada kaitan kes along

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

AMPANG JAYA – Polis menafikan kes pembunuhan seorang lelaki di Taman Pandan Perdana, di sini, baru-baru ini tidak mempunyai kaitan dengan unsur along.

Ia susulan kenyataan keluarga kedua-dua suspek yang mendakwa kesan kecederaan pada badan mangsa didakwa berpunca daripada perbuatan along.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, siasatan lanjut mendapati kesan kecederaan pada tubuh mangsa adalah berpunca dari kesan kemalangan dan penderaan berterusan dari kedua-dua suspek.

“Kesan kecederaan tiada kena mengena dengan unsur along. Ia berpunca daripada kesan kemalangan dan berterusan daripada dua suspek yang ditahan,” katanya dalam kenyataan.

Semalam, Kosmo! melaporkan dua beranak masing-masing berusia 36 dan 72 tahun ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kes pembunuhan seorang lelaki di Taman Pandan Perdana, di sini, baru-baru ini.

Hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa adalah jangkitan kuman pada otot akibat kecederaan pada kulit dan tulang.

Mohd. Azam berkata, mangsa bekerja sebagai pemandu Grab merupakan rakan karib kepada suspek pertama dan tinggal di dalam kenderaan yang diletakkan di hadapan rumah suspek.

Menurutnya, motif kejadian dipercayai berpunca daripada mangsa yang berhutang kira-kira RM120,000 daripada salah seorang suspek. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI