fbpx

Jurutera rugi RM71,000 diperdaya skim pelaburan palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KEMAMAN – Hasrat seorang jurutera untuk mengaut pulangan berganda terkubur malah dia pula yang kerugian RM71,000 apabila terperdaya dengan skim pelaburan saham yang tidak wujud.

Lelaki berusia 40 tahun yang menyedari tertipu itu telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman di sini pada semalam.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd. Razi Rosli berkata, pada mulanya, jurutera tersebut tertarik dengan iklan pelaburan saham tersebut yang dilihatnya di laman Facebook pada 8 April lalu.

“Mangsa kemudiannya telah menghubungi seorang wanita untuk mengetahui lebih panjut skim pelaburan saham yang kononnya ditawarkan sebuah syarikat berpengkalan di China.

“Dia telah melakukan pelaburan keseluruhan RM71,000 ke dalam skim terbabit menggunakan aplikasi diberi suspek,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Mohd. Razi berkata, pelaburan itu dilakukan menerusi lapan transaksi pindahan wang ke tiga akaun bank berbeza di antara 27 Mei hingga 26 Jun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI