fbpx

Budak baling selipar jatuh atas meja pelanggan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan selipar itu mengenai meja seorang wanita yang sedang makan. - TikTok

JAKARTA – Seorang kanak-kanak lelaki di Indonesia mengundang kecaman ramai kerana melempar seliparnya sehingga terjatuh di atas meja seorang pelanggan, lapor portal berita Lambe Turah.

Kejadian berlaku di sebuah warung dekat Sragen, wilayah Jawa Tengah. 

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang dimuat naik di platform TikTok memaparkan kanak-kanak itu sedang bermain dengan adiknya sebelum melemparkan seliparnya.

Situasi tenang bertukar tegang apabila selipar itu mengenai seorang wanita yang sedang menikmati makanan.

Lebih mengejutkan, ibu kepada kanak-kanak terbabit terus beredar tanpa membuat permohonan maaf. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 593,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial yang memarahi sikap ibu kanak-kanak tersebut. 

“Sudah tua pun masih tidak cerdik. Bukannya dia nak minta maaf,” kata seorang netizen. 

“Keluar kedai macam tiada apa yang berlaku,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI