fbpx

Trump umum tarif 25% ke atas Malaysia bermula Ogos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengumumkan pengenaan tarif pada kadar 25 peratus ke atas semua produk Malaysia yang dihantar ke negara berkenaan bermula 1 Ogos ini.

Beliau membuat pengumuman tersebut dalam surat kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertarikh 7 Julai 2025, yang dimuat naik di platform Truth Social.

“Kadar 25 peratus adalah jauh lebih rendah daripada yang diperlukan untuk menghapuskan jurang defisit perdagangan yang kami ada dengan negara anda.

“Seperti yang anda sedia maklum, tidak akan ada tarif jika Malaysia, atau syarikat dalam negara anda, memutuskan untuk membina atau mengeluarkan produk di Amerika Syarikat, dan kami akan melakukan segala yang mungkin untuk mendapatkan kelulusan dengan cepat, profesional serta rutin – dalam erti kata lain, dalam masa beberapa minggu.

“Jika atas apa-apa sebab anda memutuskan untuk menaikkan tarif anda, maka, walau jumlah apa pun, ia akan ditambah kepada kadar 25 peratus yang kami caj.

“Sila faham bahawa tarif ini adalah perlu untuk membetulkan tarif Malaysia, polisi bukan tarif, dan halangan perdagangan selama bertahun-tahun yang mengakibatkan defisit perdagangan yang tidak mampan terhadap Amerika Syarikat,” katanya.

Trump turut mengeluarkan surat serupa kepada beberapa negara lain, termasuk Jepun, Korea Selatan, Indonesia, Bangladesh, Thailand dan Afrika Selatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI