fbpx

Dunia perlukan kepimpinan berprinsip – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANWAR

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pendirian Malaysia di Sidang Kemuncak BRICS bahawa multilateralisme mesti membawa hasil nyata, dan bukan sekadar retorik.

Menurut Anwar, tatkala aturan dunia semakin diabaikan, kegagalan menghentikan genosid di Gaza serta keganasan berterusan di Asia Barat menjadi bukti bahawa dunia kini amat memerlukan kepimpinan yang berprinsip.

“Kegagalan menghentikan genosid di Gaza dan keganasan berterusan di Asia Barat menyerlahkan keperluan mendesak untuk kepimpinan berprinsip,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Beliau turut menegaskan sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia sedang menggerakkan strategi serantau berteraskan daya tahan, kepelbagaian dan pemerkasaan digital.

Dalam masa sama, Malaysia menyambut baik komitmen BRICS terhadap pertumbuhan inklusif, perdagangan yang adil serta tadbir urus teknologi kecerdasan buatan (AI) yang bertanggungjawab.

“Masa depan mesti dibentuk oleh iltizam bersama bukan oleh perseteruan kuasa,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI