fbpx

Punca Jota kemalangan bukan tayar pecah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Diogo Jota meninggal dunia secara mengejut selepas terbabit dalam nahas jalan raya di Sepanyol, Khamis lepas.

MADRID – Punca kemalangan meragut nyawa melibatkan pemain sensasi Liverpool, Diogo Jota dan adiknya, Andre Silva masih lagi menjadi misteri apabila tayar pecah dilaporkan bukan sebab utama.

Sebelum ini, laporan mendakwa kemalangan Jota pada Khamis lepas berpunca daripada tayar kereta jenis utiliti sukan mewah, Lamborghini Urus yang dipandunya pecah ketika memotong kenderaan lain menyebabkan ia gagal dikawal.

Namun, laporan baharu yang didedahkan oleh media tempatan menyifatkan lokasi kemalangan di Zamora, Sepanyol itu disifatkan sebagai kawasan yang sering berlaku insiden kemalangan maut.

Menurut seorang wakil kerajaan, Angel Blanco, jalan yang mengorbankan dua figura tersebut memang berbahaya terutama pada waktu malam.

Perkara itu dimaklumkan kepada Blanco oleh sumber pihak berkuasa tempatan kerana laluan A-52 itu memiliki selekoh bahaya.

“Tahap penglihatan terhad pada waktu malam juga boleh menjadi punca kemalangan di kawasan ini.

“Kini, dua pemain bola sepak terkenal yang mempunyai masa depan cerah menjadi mangsa.

“Mungkin lebih ramai mangsa akan terkorban akibat bahaya jalan ini,” kata sumber itu.

Menurut laporan, kedua-dua beradik itu dalam perjalanan menuju ke pelabuhan di Santander untuk menaiki feri bagi meneruskan perjalanan mereka ke England.

Jota dipercayai tidak dibenarkan menggunakan perkhidmatan penerbangan untuk kembali ke England selepas baru sahaja menjalani pembedahan kecil di bahagian paru-paru menyebabkan dia memilih menggunakan feri untuk membawa kenderaan mewah itu bersamanya.

Jota yang berusia 29 tahun selamat dikebumikan pada Sabtu lepas di Portugal. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI