fbpx

Jota kibar jersi No. 7 depan Kopites tanda solidariti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JOTA mengibar jersi No, 7 milik Diaz ketika meraikan gol pembukaan Liverpool ketika menewaskan Notingham Forest di Anfiel kelmarin.

LONDON – Penyerang sensasi Liverpool, Diogo Jota membuka jaringan untuk The Reds di Anfield lalu mendedikasikan golnya kepada rakan sepasukan Luis Diaz yang berdepan masalah keluarganya di Colombia.

Jota menjaringkan gol pada minit ke-31, melepaskan rembatan kencang di hadapan para penyokong The Kopites dalam pertembungan dengan Nottingham Forest.

Selepas membuat jaringan, Jota berlari ke arah bangku simpanan lalu mengambil dan memegang jersi bernombor tujuh milik Diaz, sebagai tanda penghormatan kepada rakan sepasukan mereka.

Tindakan Jota itu disambut dengan tepukan meriah daripada para penyokong dalam stadium serta rakan-rakan sepasukan dalam menunjukkan solidariti terhadap bintang Colombia itu.

Ibu Diaz, Cilenis Marulanda berjaya diselematkan susulan ‘operasi kunci’ yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa polis di bandar Barrancas, Colombia.

Terdahulu, bintang Liverpool itu digugurkan daripada skuad dalam pertembungan dengan Nottingham Forest di Anfield.

Ia susulan berita ibu bapa Diaz telah diculik di Colombia, pemian bintang itu telah diketepikan daripada skuad.

Ibu bapanya diculik selepas dihalang oleh sekumpulan lelaki bersenjata yang menunggang motosikal di bandar Barrancas, Colombia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI