fbpx

Mesyuarat ASEAN: Senjata nuklear, Myanmar dan Palestin dibincangkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Perbincangan berhubung Asia Tenggara sebagai kawasan bebas senjata nuklear akan terus dibincangkan dan perkara itu turut dibangkitkan dalam Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-58.

Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Seri Amran Mohamed Zin berkata, isu penyertaan negara-negara kuasa nuklear dalam menandatangani Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ) terus diberi perhatian.

“Isu utamanya sama ada negara-negara senjata nuklear dalam penyertaan SEANWFZ ini bergantung kepada aspek sama ada mereka boleh buat reservasi kepada SEANWFZ Protocol.

“Sebab kita melihat juga amalan daripada zon bebas nuklear. Jadi memang menjadi tumpuan peringkat ASEAN supaya negara-negara nuklear sertai SEANWFZ,” katanya pada taklimat kepada media berkaitan Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-58 di KLCC hari ini.

Sebelum ini media melaporkan, China dan Russia bersetuju untuk menandatangani perjanjian SEANWFZ, manakala Amerika Syarikat (AS) sedang meneliti untuk menandatangani perjanjian itu.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan dipetik berkata, penglibatan kuasa besar dalam perjanjian berkenaan akan terus menjamin Asia Tenggara kekal sebagai sebuah rantau yang aman dan bebas senjata nuklear.

Amran berkata, perkara lain turut dibincangkan ialah isu berkait gencatan senjata di Myanmar dan Palestin.

“Berhubung Myanmar, perkara ini telah dibincangkan dalam Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang lalu. Sejak sidang tersebut sehingga kini, tempoh berkenaan singkat. Jadi sudah tentu ia isu penting bagi ASEAN secara keseluruhan termasuk Myanmar.

“Mengenai gencatan senjata di Palestin, ini juga merupakan isu penting bagi ASEAN,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI