fbpx

Pemuda kecewa putus cinta cuba terjun Jambatan Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar seorang pemuda yang cuba terjun dari Jambatan Pulau Pinang, hari ini.

GEORGE TOWN – Sepasukan anggota bomba berjaya memujuk seorang pemuda yang cuba bertindak terjun dari Kilometer 4.0, Jambatan Pulau Pinang, menghala ke pulau di sini, hari ini.

Mangsa berusia 22 tahun sebelum itu ditemukan orang awam dalam keadaan duduk sendirian di tepi tebing jambatan, kira-kira pukul 12.30 tengah hari tadi.

Anggota bomba hanya mengambil masa selama satu minit untuk menenangkan mangsa sebelum membawanya ke lokasi yang lebih selamat. Difahamkan, mangsa bertindak sedemikian disebabkan terlalu depresi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada pukul 12.31 tengah hari tadi.

Menurutnya, operasi menyelamat melibatkan keanggotaan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai yang diketuai Komander Operasi, Fairol Mahazi Malek.

“Terdapat seorang mangsa lelaki cuba terjun dari jambatan dan mangsa telah berjaya diselamatkan oleh pihak Bomba.

“Tindakan anggota memastikan mangsa dalam keadaan selamat dan angsa diserahkan kepada pasukan polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya di sini hari ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI