SEBELUM ini viral video-video TikTok Ummi Nazeera yang semakin hari dikatakan semakin ‘rosak’.
Memang ramai terhibur dengan gelagat gila-gilanya tetapi dalam masa sama ruangan komen dibanjiri dengan pertanyaan tentang tips Ummi kekal langsing.
Meleraikan tanda tanya ramai, Ummi mengakui hanya menjamah nasi sekali dalam masa seminggu dan tidak makan pada waktu malam.
Tip kurus, jangan makan malam, kurangkan pengambilan gula, kurangkan nasi dan ambil makanan berbakar.
“Saya tidak diet tetapi amalkan pemakanan sihat.
“Saya jarang makan malam tetapi kalau terlalu lapar, saya akan makan juga,” katanya dalam siaran langsung TikTok.
Ummi kata, dia juga banyak makan roti dengan telur. Mungkin Diva patut ikut cara pemakanan Ummi untuk dapatkan saiz pinggang kerengga sepertinya.
Apa pun, jangan taksub dengan diet sehingga membawa kesakitan kepada diri sendiri ya! Berpada-padalah.
DIVA: Ramai tidak sabar nak tengok Sheila On 7 beraksi di pentas Latihan Pestapora akhir bulan ini.