fbpx

Tanpa api pun boleh goreng telur di Perancis 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang guru di Perancis menggunakan cuaca panas untuk menggoreng telur. - Getty Images

PARIS – Seorang guru di Perancis menggoreng telur di dalam kuali tanpa menggunakan api, lapor portal berita Must Share News kelmarin.

Dia bergantung kepada cuaca panas ekstrem yang sedang melanda negara itu. Guru tersebut menjemur kuali di pekarangan sekolah dan menunggu suhu kuali mencatatkan bacaan 80 darjah Celsius sebelum menggoreng telur.

Guru tersebut berbuat demikian bagi menonjolkan prasarana sekolah menengah di Quissac tempat dia mengajar begitu daif dalam menghadapi cuaca panas melampau. 

Menurutnya, setiap pelajar hanya mempunyai kawasan teduhan di luar bangunan sekolah sekitar 60 hingga 80 sentimeter persegi.

“Kami ada tiga meja pingpong konkrit di sini, ada kalanya murid-murid menyorok di bawahnya untuk berteduh daripada panas,” kata guru tersebut.

Tiada sesi pembelajaran di sekolah pada Selasa lepas semasa dia melakukan eksperimen itu berikutan gelombang haba yang melanda. 

Secara keseluruhan, sekitar 2,200 buah sekolah di seluruh Perancis ditutup dengan suhu di beberapa kawasan mencecah lebih 41 darjah Celsius. Setakat Rabu lepas, kira-kira 100 sekolah masih belum dibuka.

Sebilangan besar bangunan sekolah di Perancis tidak dibina untuk menampung cuaca panas, memandangkan lebih separuh daripadanya disiapkan sebelum tahun 1979. 

Bagi menangani cabaran tersebut, kerajaan merancang menaik taraf 40,000 sekolah menjelang 2034, dengan fokus kepada peningkatan kecekapan tenaga. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI