fbpx

‘Rezeki itu luas tapi curi hasil orang, memang takkan berkat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KAK ANI akan menukar pembungkusan bagi mengelak kekeliruan pembeli.

PETALING JAYA – Penyanyi Noraniza Idris meluahkan rasa kecewa apabila produk makanan jenamanya menjadi mangsa peniruan pihak tidak bertanggungjawab.

Menurut Noraniza atau lebih mesra disapa Kak Ani, 57, tindakan tidak beretika segelintir pihak yang meniru rupa dan nama produk murukunya, Che Ani Premium bukan sahaja mengecewakan, malah ibarat memperlekehkan usahanya dalam membina jenama.

Saya berusaha membina jenama ini dengan penuh kasih dan komitmen. Bila ada yang sewenang-wenangnya meniru, bukan sekadar menciplak produk seolah-olah menciplak perjuangan saya.

“Kalau nak ikut jejak saya, ikutlah dengan cara yang betul, bukan ambil jalan pintas dengan meniru rupa dan nama produk kami.

“Rezeki itu luas, tapi kalau cari rezeki dengan mencuri hasil titik peluh orang lain, itu bukan cara yang berkat,” tegasnya yang juga pengasas Che Ani Premium.

Susulan insiden terbabit, pelantun lagu Dikir Puteri itu merancang untuk membuat perubahan pada produknya bagi mengelakkan kekeliruan.

Disebabkan produk kita diciplak, kami rancang untuk tukar bentuk muruku dan pembungkusan baharu. Tapi kos pembungkusan baharu sangat tinggi, jadi kami habiskan stok lama dahulu.

“Walaupun bentuknya masih panjang-panjang dan jenis jejari, berat dan rasa tetap sama. Malah, kami akan pastikan rasa lebih sedap dari sebelumnya,” ujarnya.

Sebelum ini, Kak Ani pernah dituduh meniru idea pempengaruh Datuk Seri Aliff Syukri, namun memaklumkan pembungkusan muruku miliknya adalah sebagai usaha menghargai warisan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI