fbpx

Polis berkas puluhan lelaki tanpa seurat benang sedang berparti 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis menyerbu sebuah bilik hotel yang penuh dengan lelaki bertelanjang semalam. - Instagram

JAKARTA  – Berpuluh-puluh lelaki ditangkap dalam keadaan tanpa seurat benang semasa sedang berpesta di sebuah bilik hotel, lapor portal berita Suara semalam. 

Tangkapan itu dibuat di Bogor, wilayah Jawa Barat semalam.

Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @warungjurnalis menunjukkan sekumpulan pegawai dan anggota polis menyerbu sebuah bilik yang penuh dengan lelaki tidak berpakaian melakukan aktiviti tidak bermoral.

Mereka kemudian diarah untuk duduk di atas lantai sambil mengangkat tangan. 

Masih belum jelas lokasi hotel tersebut. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 50,800 tontonan dan menimbulkan kemarahan ramai pengguna media sosial di ruangan komen. 

“Satu bilik sampai berpuluh-puluh orang? Mesti bau busuk,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI