fbpx

Lebih 2 juta saman tertunggak, JPJ lanjut bayaran kompaun khas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AEDY FADLY (tengah) memeriksa seorang penumpang bas ekspres ketika Operasi Khas Pemakaian Tali Pinggang Bas Ekspres dan Bas Persiaran di Melaka Sentral, Melaka. - Foto oleh MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI / KOSMO!

MELAKA – Tempoh bayaran kompaun khas dengan kadar rata RM150 bagi tiga kategori kesalahan akan dilanjutkan sehingga 31 Disember depan.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, hanya 442,870 saman telah dibayar dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini berbanding saman tertunggak yang mencecah lebih 2.02 juta.

Beliau berkata, daripada jumlah itu Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AwAS) (Saman 53A) merekodkan tunggakan saman tertinggi iaitu sebanyak 1.54 juta.

“Tunggakan saman lain setakat 30 Jun membabitkan Notis Temu Siasat (114) iaitu sebanyak 311,866 saman sementara Notis Saman Tampal/JPJ(P)23 (115) berjumlah 171,321 saman.

“Mungkin ramai tidak tahu mengenai tawaran berkenaan yang sepatutnya berakhir semalam, jadi kita lanjutkan sehingga hujung tahun ini,” katanya pada sidang akhbar Operasi Khas Pemakaian Tali Pinggang Bas Ekspres dan Bas Persiaran di Melaka Sentral di sini, hari ini.

Jelasnya, tawaran itu layak untuk saman AwAS bermula Oktober 2018 sehingga kini, manakala Notis 114 dan Notis 115 untuk saman pada 2023 dan ke bawah.

“Justeru, orang ramai disaran untuk tidak melepaskan peluang pelanjutan tawaran ini yang berakhir pada 31 Disember.

“Kegagalan menyelesaikan saman sama ada yang tertunggak atau yang telah melebihi tarikh kompaun boleh menyebabkan kenderaan disenarai hitam secara automatik oleh sistem berkuat kuasa 1 Julai,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI