fbpx

Tarik balik lesen operasi bot jika gagal ikut peraturan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bot yang terbalik sehingga menyebabkan tiga maut di Pulau Perhentian Besar, Besut kelmarin.

SEBERANG PERAI – Kerajaan digesa mengambil tindakan tegas termasuk menarik lesen operasi pengendali bot pelancong yang didapati gagal mematuhi peraturan keselamatan.

Gesaan itu dibuat Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Seri S. Sundarajoo, ekoran tragedi tiga individu termasuk dua kanak-kanak maut dalam insiden bot terbalik di Pulau Perhentian, Terengganu kelmarin.

Katanya, penguatkuasaan seharusnya diperkasakan supaya tragedi seumpama itu tidak berulang lagi.

“Ini merupakan satu tragedi yang amat menyedihkan apatah lagi saya sendiri adalah seorang ayah dan saya sangat tersentuh melihat insiden ini kerana ia boleh dielakkan sekiranya semua pihak mematuhi langkah keselamatan yang ditetapkan.

“Sekiranya benar berlaku pelanggaran syarat, lesen pengendali perlu ditarik balik dan kita tidak boleh berkompromi dalam soal keselamatan apatah lagi melibatkan nyawa.

“Justeru, diharapkan kerajaan akan ambil tindakan tegas termasuk membatalkan lesen operasi jika operator bot melanggar syarat,” katanya.

Terdahulu, Sundarajoo meluangkan masa menziarahi keluarga S. Arumugam, 40, dan anak bongsunya, Sarrvihka,3, yang terkorban dalam tragedi bot terbalik di Taman Bayu Aman, Teluk Air Tawar di sini, hari ini.

Media semalam melaporkan tiga individu maut, manakala seorang parah dalam kejadian bot karam di Pulau Perhentian. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI