fbpx

Pelajar UiTM menang cabutan bertuah anak lembu RM13,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nurul Aini bersama hadiah cabutan bertuah berupa anak lembu sado bernilai RM13,000 yang dimenanginya sempena penutupan Agrofest Melaka 2025 di Dataran Sejarah, Ayer Keroh. - Foto oleh AMRAN ALI

 

MELAKA – Seorang pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) mendapat durian runtuh apabila diumumkan sebagai pemenang hadiah cabutan bertuah berupa seekor anak lembu sado bernilai RM13,000 pada Majlis Penutupan Agrofest Melaka 2025 di Dataran Sejarah, Ayer Keroh, di sini hari ini.

Nurul Aini Kamar Bahrin, 23, berkata, dia yang merupakan pelajar jurusan Kejuruteraan Petroleum di UiTM Shah Alam, Selangor tidak menyangka kunjungannya ke program itu secara suka-suka membawa tuah luar biasa.

“Saya datang Jumaat lalu dan datang lagi hari ini sebab seronok dengan suasana di sini. Memang saya ada niat nak menang, tapi tak sangka rezeki berpihak kepada saya memandangkan ramai sangat turut serta,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis berkenaan, hari ini.

Nurul Aini yang berasal dari Kesang, Tangkak, Johor berkata, dia bercadang untuk membela sendiri lembu tersebut memandangkan abang iparnya juga merupakan seorang penternak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI