BESUT – Tiga termasuk dua kanak-kanak maut, manakala seorang kritikal dalam kejadian bot pelancong terbalik di perairan Pulau Perhentian dekat sini malam tadi.
Kejadian pada pukul 10.30 malam itu meragut nyawa Sarrvihka Arumugam, 3, dan bapanya, Arumugam Sativelo, 40, serta Vennpani Vijeya Raj, 10.
Seorang lagi mangsa iaitu Sakthivel Thamil Selvan, 6, pula kritikal.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Azamuddin Ahmad @ Abu berkata, sewaktu kejadian, kesemua 15 mangsa yang menaiki bot itu dalam perjalanan ke resort yang dihuni mereka di Pulau Perhentian Besar dari Jeti Pulau Perhentian Kecil yang terletak bertentangan.
“Bot dinaiki kesemua mangsa dikatakan dipukul ombak besar akibat cuaca buruk sebelum terbalik.
“Insiden berlaku kira-kira 20 meter dari resort penginapan mereka,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE