fbpx

Pelajar tingkatan 4 lemas, tali pancing sangkut semak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat Muhammad Amin Asyraf dibawa ke Unit Forensik Hospital Besut dengan trak polis selepas lemas di Sungai Besut berhampiran Kampung Amir, Besut semalam. 

BESUT – Seorang  pelajar lelaki tingkatan empat Sekolah Kebangsaan Bukit Puteri maut akibat lemas ketika memancing di Sungai Besut berhampiran Kampung Amir di sini malam tadi.

Mangsa, Muhammad Amin Asyraf Zulkifli, 16, lemas sewaktu memancing bersama abang dan seorang rakan mereka pada kira-kira pukul 5 petang.

Ketua Polis Daerah Besut, Azamuddin Ahmad @ Abu berkata, tali pancing remaja lelaki itu dikatakan telah tersangkut dalam kawasan semak di tebing sungai kira-kira sejam kemudian.

“Mangsa dikatakan telah berenang ke seberang sungai untuk melepaskan dan mengambil kembali tali pancing tersebut.

“Begitupun dia dikatakan hanyut dibawa arus deras sungai sebelum lemas,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Azamuddin berkata, abang Muhammad Amin Asyraf cuba menyelamatkannya namun gagal.

“Mayat mangsa berjaya ditemukan pada jarak kira-kira 14 meter dari tebing sungai pada pukul 9.05 malam,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI