fbpx

EPL: Palace berpeluang cipta sejarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PALACE yang menjulang gelaran Piala FA berpeluang meraih tiket ke Liga Europa ekoran perkembangan yang berlaku di Lyon. - AFP

LONDON – Crystal Palace semakin hampir untuk membuat penampilan pertama dalam saingan Eropah selepas Olympique Lyon telah digugurkan kelayakan apabila disingkirkan ke saingan Ligue 2 Perancis ekoran masalah kewangan.

Palace dan Lyon merupakan dua pasukan dengan pemilikan tunggal menerusi rangkaian Eagle Football yang dimiliki oleh ahli perniagaan Amerika Syarikat, John Textor menyebabkan wakil dari Perancis itu dipilih ke saingan Eropah berkenaan.

Textor memiliki 44.9 peratus saham Palace, namun UEFA menimbulkan kebimbangan terhadap konflik pemilikan tersebut walaupun sebahagian besar saham kelab itu dikendalikan oleh Steve Parish, Josh Harris dan Dave Blitzer.

Palace layak ke Liga Europa selepas menewaskan Manchester City dalam Piala FA, namun sekadar menduduki tangga ke-12 Liga Perdana Inggeris menyebabkan Lyon yang menamatkan Ligue 1 di tempat keenam sebelum ini diutamakan.

Namun, penyingkiran Lyon oleh Persekutuan Bola Sepak Perancis ke saingan divisyen kedua membuka laluan kepada Palace untuk beraksi dalam saingan pentas Eropah buat kali pertama dalam sejarah 120 tahun kelab itu.

Lyon yang bakal mengemukakan rayuan ekoran penyingkiran mereka ke Ligue 1 akan membawa kes tersebut ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).

Strasbourg yang berada di tempat ketujuh juga dianggap mahu cuba untuk mendapatkan slot sekiranya rayuan Lyon gagal, tetapi Palace dianggap masih memiliki kelebihan apabila Badan Kawalan Kewangan Kelab (CFCB) meluluskan penyertaan mereka.

UEFA dijangka mengumumkan senarai akhir penyertaan minggu depan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI