fbpx

3 bot nelayan Vietnam kaut 8 tan ikan secara haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian 31 nelayan Vietnam yang ditahan APMM di perairan Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Tiga bot nelayan Vietnam yang sedang mengaut lapan tan hasil laut negara secara haram berjaya ditahan Maritim Malaysia (APMM) di perairan Terengganu dekat sini pada Selasa lalu.

Kesemua bot nelayan asing yang sedang leka menangkap ikan terbabit berjaya dipintas kapal maritim APMM pada kedudukan kira-kira 281.5 kilometer dari timur muara Kuala Terengganu dekat sini.

Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Hamiludin Che Awang berkata, hasil pemeriksaan mendapati dua bot terbabit merupakan induk manakala satu lagi pula berfungsi sebagai pengangkut bahan api.

“Seramai 31 nelayan asing berusia dalam lingkungan antara 23 hingga 50 tahun berjaya ditahan.

“Pemeriksaan mendapati kesemua mereka gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri dan perjalanan yang sah,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Hamiludin berkata, ketiga-tiga bot nelayan Vietnam terbabit juga tidak memiliki permit sah menangkap ikan di perairan negara daripada Jabatan Perikanan.

Beliau berkata, bot, peralatan menangkap ikan, lapan tan hasil laut dan 3,000 liter diesel bernilai keseluruhan RM4.5 juta telah disita.

“Kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1963,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI