fbpx

Laluan keluar ibu negara sesak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar CCTV LLM memaparkan kesesakan yang berlaku di dua lebuh raya utama.

PETALING JAYA – Aliran trafik keluar dari ibu kota Plaza Tol Sungai Besi dan Sungai Buloh dilaporkan sesak ekoran pertambahan kenderaan ketika orang ramai pulang bekerja serta dipercayai cuti hujung minggu yang panjang.

Tinjauan menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) sehingga pukul 9:53 malam ini mendapati, kesesakan dapat dilihat selepas Plaza Tol Sungai Besi, Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) menghala ke selatan.

Sementara itu, aliran trafik di Sungai Buloh dilihat bergerak perlahan di menghala keluar dari ibu kota serta ke utara.

Esok orang ramai bakal menikmati cuti umum Awal Muharam diikuti cuti hujung minggu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI