fbpx

Koleksi Surat Persendirian Baginda Omar diiktiraf UNESCO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Mizan (empat dari kanan) meneliti Koleksi Surat Persendirian Baginda Omar di UMT, Kuala Nerus hari ini.

KUALA NERUS – Koleksi Surat Persendirian Baginda Omar yang merupakan Sultan Terengganu keenam dan kesembilan menerima pengiktirafan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai dokumen warisan serantau.

Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Senator Saraswathy Kandasami berkata,
koleksi yang merakamkan detik penting pemerintahan Sultan Omar menerima pengiktirafan tersebut pada 8 Mei lalu.

“Koleksi terbabit mengandungi 56 naskhah surat milik baginda bertarikh antara tahun 1839 hingga 1893.

“Surat-surat tersebut dikumpulkan oleh tokoh agama dan diplomat terkemuka, Syeikh Ulama Tok Ku Tuan Besar Paduka Indera Engku Syed Seri Perdana Engku Muhammad (Tok Ku Tuan Besar),” katanya pada Seminar Warisan Asia Pasifik di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di sini hari ini.

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menyempurnakan majlis perisytiharan Koleksi Surat Persendirian Baginda Omar sebagai dokumen warisan serantau tersebut.

Saraswathy berkata, Koleksi Surat Persendirian Baginda Omar yang sebelum ini diwarisi keturunan Tok Ku Tuan Besar telah diserahkan kepada Arkib Negara Malaysia untuk pemeliharaan kekal pada awal tahun 1992. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI