fbpx

Washington keluar amaran kepada rakyat AS seluruh dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail 30 Januari 2024 menunjukkan seorang wanita berjalan melintasi Kedutaan AS di Tehran. – AFP

WASHINGTON – Jabatan Negara Amerika Syarikat(AS) mengeluarkan ‘amaran seluruh dunia’ untuk rakyat AS semalam bahawa konflik Asia Barat boleh meletakkan mereka yang melancong atau tinggal di luar negara kepada peningkatan risiko keselamatan.

Konflik antara Israel dan Iran mengakibatkan gangguan perjalanan dan penutupan ruang udara berkala di seluruh Asia Barat. Terdapat potensi demonstrasi menentang warga AS dan kepentingan di luar negara.

Jabatan Negara menasihati warga AS di seluruh dunia untuk meningkatkan kewaspadaan,”  kata amaran keselamatan Jabatan Negara.

Kenyataan itu tidak menyebut tentang campur tangan Amerika Syarikat apabila pesawat Washington mengebom kemudahan nuklear Iran, perbuatan yang dilabel Tehran akan mempunyai ‘akibat yang tidak boleh diperbaiki’.

Republik Islam itu semalam mengancam pangkalan AS di Asia Barat dan memberi amaran bahawa pasukan AS boleh diserang sebagai tindak balas terhadap serangan udara yang menurut Pentagon,  memusnahkan program nuklear Iran.

Mana-mana negara di rantau ini atau di tempat lain yang digunakan oleh tentera Amerika untuk menyerang Iran akan dianggap sebagai sasaran sah untuk angkatan tentera kami,” kata Ali Akbar Velayati selaku penasihat kepada pemimpin tertinggi Iran Ayatollah Ali Khamenei, dalam mesej yang disiarkan oleh agensi berita rasmi IRNA.

Amerika Syarikat kelmarin  memulakan penerbangan membawa pulang warga Amerika dan penduduk tetap AS yang tinggal di Israel atau Tebing Barat.
Washington juga mengarahkan kakitangan di misi diplomatiknya di Iraq dan Lubnan untuk meninggalkan negara-negara tersebut. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI