fbpx

Powercat, UniMAP bantu lebih 3,000 kucing di Bustana Kucing Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pihak Powercat ketika menyampaikan sumbangan kepada pemilik Bustana Kucing Perlis baru-baru ini.

PETALING JAYA – Powercat jenama makanan kucing premium keluaran Adabi Consumer Industries Sdn Bhd (Adabi) telah menjayakan program Purr-Fect Care by Si Comot di sebuah ‘shelter’ kucing di Perlis baru-baru ini.

Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu telah dilaksanakan di Bustana Kucing Perlis dengan kerjasama Kelab Khidmat Masyarakat Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

Pengurus Perniagaan Powercat, Azzedin Rusland berkata, program itu bertujuan membantu lebih daripada 3,000 ekor kucing yang berada di bawah jagaan pusat perlindungan tersebut.

Jelasnya, Bustana Kucing Perlis yang diusahakan oleh pasangan Mohd Taufik Md Zain,59, dan Noor Azlina Abu Bakar, 59, menempatkan ribuan kucing termasuk yang sihat dan juga yang memerlukan rawatan serta penjagaan khusus.

“Shelter ini amat memerlukan bantuan dari segi bekalan makanan dan perubatan. Sebagai tanda sokongan, pihak Si Comot by Powercat telah menyumbangkan sebanyak 800 kilogram makanan kucing serta pelbagai peralatan keperluan harian untuk digunakan oleh pihak Bustana Kucing Perlis.

“Program seperti ini penting bagi memperkukuh nilai kemanusiaan dan semangat kesukarelawanan dalam masyarakat. Kami akan terus menyokong inisiatif sebegini di seluruh negara,”katanya dalam satu kenyataan.

Program tersebut juga turut disertai oleh para pelajar dari Kelab Khidmat Masyarakat UniMAP yang hadir membantu membersihkan dan menyusun semula kawasan shelter, sebagai tanda prihatin terhadap kebajikan haiwan terbiar.

Mengulas lanjut, Azzedin berkata, program Purr-Fect Care by Si Comot akan diteruskan ke beberapa lagi pusat perlindungan kucing di seluruh Malaysia.

“Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban pengurusan shelter serta memastikan kebajikan haiwan terus terbela.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI