fbpx

Kempen Tabung Pahlawan terima sumbangan lebih RM110,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengerusi Eksekutif The Mines Resort and Golf Club Laksamana (B), Tan Sri Mohd. Anwar Mohd Noor (kiri) ketika menyerahkan cek kepada Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV), Datuk Semaon Marjuki sambil disaksikan Muhammad Hafizuddeain, hari ini. Foto oleh ISKANDAR ISHAK

SERDANG – Kempen Tabung Pahlawan (KTP) menerima suntikan dana lebih RM110,000 menerusi pertandingan golf amal yang berlangsung hari ini.

Pertandingan tersebut merupakan salah satu inisiatif di bawah KTP yang dikendalikan Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia, bagi menyemarakkan sambutan Hari Pahlawan serta mengumpul dana untuk kebajikan para veteran ATM.

Antara penaja yang menyumbang secara langsung termasuk, Affin Bank berjumlah RM50,000, Rasumi Medipharma (RM30,000) dan Rimbun Emas (RM30,000).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata kutipan itu diusahakan melalui pelbagai inisiatif sepanjang tahun termasuk penganjuran pertandingan golf seperti ini.

“Program ini bukan sekadar satu acara sukan yang bertujuan untuk mengumpul dana, namun bagi membantu golongan yang memerlukan.

“Malah, ia mempunyai kepentingan dan erti yang lebih mendalam kepada kami di Kementerian Pertahanan serta ATM khususnya para veteran kita,” katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan sempena majlis penutup Pertandingan Golf Amal Kempen Tabung Pahlawan 2024/2025, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata kempen tahun ini menyasarkan kutipan keseluruhan melebihi RM3 juta yang ditetapkan pada tahun ini.

“Sumbangan yang diterima akan disalurkan sepenuhnya kepada veteran ATM bagi menampung keperluan tertentu seperti lampin pakai buang dewasa, keperluan pesakit diabetes, susu minuman tambahan dan lain-lain bantuan mendesak,” ujarnya.

Mohamed Khaled turut mencadangkan agar pertandingan tersebut dijadikan acara dwitahunan sebagai satu gerakan nasional demi kebajikan para pembela negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI