fbpx

EPL: Legenda Liverpool anggap nilai Guehi mengarut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GUEHI hanya memiliki baki kontrak selama semusim di Palace menyebabkan Liverpool cuba memburu khidmatnya pada harga yang lebih rendah. - AFP

LIVERPOOL – Marc Guehi menjadi salah seorang calon pertahanan baharu Liverpool selepas Jarell Quansah dilapor bakal meninggalkan kelab musim panas ini.

Kapten Crystal Palace itu disenaraikan kerana berstatus pemain tempatan dan memiliki pengalaman Liga Perdana Inggeris (EPL), namun isu harga dijangka menjadi penghalang utama.

Newcastle United pernah mengemukakan empat bidaan musim lalu, termasuk tawaran terakhir £65 juta (RM371 juta), tetapi ditolak Palace yang ketika itu menuntut £70 juta (RM400 juta).

“Saya rasa dia pemain yang sangat bagus. Tapi, saya tak akan bayar £70 juta untuk dia. Itu terlalu mahal. Kelab mungkin perlu cari pemain lain yang lebih murah,” tegas legenda Liverpool, Jamie Carragher.

Setakat ini, Guehi masih belum menandatangani kontrak baharu dan hanya tinggal 12 bulan dalam kontrak sedia ada sekali gus menyebabkan kedudukan Palace kini semakin lemah dalam rundingan.

Liverpool pula dilihat lebih menarik berbanding Newcastle sekiranya pemain itu mahu berpindah, apatah lagi dengan potensi beraksi dalam Liga Juara-Juara musim depan.

Dalam masa sama, Quansah kini dikaitkan dengan Bayer Leverkusen dan mungkin dilepaskan selepas hanya membuat empat penampilan liga musim lalu, termasuk satu di posisi bek kanan dan satu lagi ditukar keluar pada separuh masa.

Meskipun dianggap prospek jangka panjang, Quansah yang berusia 22 tahun itu kini menyertai kem England B-21 dan dikatakan mahu lebih banyak minit permainan.

Liverpool sudah melengkapkan perpindahan Jeremie Frimpong dan sedang menunggu ketibaan Florian Wirtz selain sedang berusaha memburu kelibat Milos Kerkez. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI