fbpx

Co-opbank Pertama umum dividen 6.5 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Co-opbank Pertama (CBP) hari ini mengumumkan agihan dividen sebanyak 6.5 peratus bagi tahun kewangan 2024, melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM88.52 juta.

Pengumuman ini dibuat dalam Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan (MAPT) CBP ke-65 yang berlangsung hari ini.

Dividen akan mula dibayar selepas MAPT dan ahli boleh menyemak akaun simpanan masing-masing melalui aplikasi mudah alih HELOCBP bermula 23 Jun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif CBP, Khairil Anuar Mohammad Anuar berkata, kadar dividen itu selepas ditolak zakat dan akan memberi manfaat kepada lebih 95,000 anggota.

Beliau turut memaklumkan CBP mencatatkan keuntungan sebanyak RM124.29 juta bagi tahun 2024, meningkat 3.1 peratus berbanding tahun sebelumnya.

“Dengan prestasi cemerlang ini, CBP akan terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada anggota dan pelanggan CBP dalam perkhidmatan secara digital menerusi Aplikasi HELOCBP dan memperluaskan lagi produk CBP untuk menyokong pertumbuhan serta pengembangan perniagaan yang pesat.

“Jumlah dividen 6.5 peratus adalah tinggi dan baik berbanding kadar dividen yang diagihkan oleh institusi kewangan lain memandangkan dividen yang diterima oleh anggota CBP telah pun dilunaskan zakat,” katanya.

CBP juga mengumumkan pihaknya telah berpindah secara rasmi ke Wisma Co-opbank Pertama, Kampung Bharu, Kuala Lumpur awal tahun ini, bertepatan dengan sambutan ulang tahun ke-75 CBP pada 7 Jun 2025.

CBP, yang ditubuhkan pada 7 Jun 1950, kini mempunyai 35 cawangan di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak, serta menyediakan pelbagai perkhidmatan kewangan termasuk pembiayaan individu, koperasi, korporat, Ar-Rahnu, deposit, takaful, dan wasiat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI