fbpx

AirAsia banggakan Malaysia – King Sing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AirAsia dinobatkan sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia di Anugerah Skytrax World Airline 2025 di Perancis baru-baru ini

PETALING JAYA – AirAsia dinobatkan sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia buat kali ke-16 berturut-turut wajar dipuji dan dicontohi.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Tiong King Sing berkata, kejayaan itu membanggakan Malaysia dan turut menyumbang dalam mengangkat imej negara di peringkat antarabangsa.

“MOTAC akan sentiasa menyokong usaha dan kesungguhan syarikat-syarikat korporat yang membawa jenama Malaysia.

“Ia bukan sahaja memanfaatkan rakyat Malaysia, tetapi juga membawa keuntungan kepada sektor pelancongan di negara kita,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kosmo! Online sebelum ini melaporkan AirAsia dinobatkan sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia di Anugerah Skytrax World Airline 2025.

Kejayaan itu sekali gus membuktikan keupayaan syarikat tersebut dalam menawarkan perkhidmatan terbaik kepada setiap penumpang.

Ketua Pegawai Eksekutif Capital A ,Tan Sri Tony Fernandes dipetik berkata, kemenangan selama 16 tahun berturut-turut itu disifatkan begitu bermakna.

Ujar beliau, kejayaan tersebut memberikan inspirasi untuk AirAsia menawarkan perkhidmatan lebih baik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI