fbpx

Kucing, kera atau pocong?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Netizen saling meneka penampakan yang dilihat di atas bumbung. - Instagram

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan lembaga berwarna putih dipercayai pocong di atas bumbung sebuah restoran, lapor laman berita Berita Satu semalam.

Kejadian berlaku di  Banjarmasin Selatan, wilayah Kalimantan Selatan.

Video itu dirakam pada malam kelmarin sebelum dimuat naik di laman Instagram.

Dalam video tersebut, entiti besar berwarna putih dengan bentuk yang aneh dapat dilihat di atas bumbung restoran.

Ia dilihat bergerak sedikit sebelum hanya kaku, seolah-olah melihat ke arah perakam.

Video itu menjadi tular dengan ada dalam kalangan pengguna media sosial yang percaya bahawa ia adalah pocong.

Namun, terdapat juga netizen yang mendakwa bahawa kelibat itu adalah kera atau kucing.

“Kenapa tidak baling batu sahaja? Jika tiada bunyi ia adalah pocong. Jika ia berbunyi atau lari, ia adalah haiwan,” kata seorang pengguna media sosial.

“Ia adalah kera. Petang tadi saya berada di sana dan terdapat banyak kera di atas bumbung,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI