PETALING JAYA – Sebuah warung tepi jalan di Alor Setar, Kedah tular di media sosial selepas menjual minuman dengan harga yang jauh lebih murah berbanding kebiasaan masa kini.
Menerusi satu hantaran oleh pemilik akaun @kamaghul, seorang pekerja kontraktor berkongsi pengalamannya membeli air ikat tepi yang dijual serendah RM0.50 hingga RM1 sahaja.
“Murah betul makcik ni berniaga. Air Teh O Ais ikat tepi RM0.50 je. Kalau Milo RM1. Murah rezeki makcik, dapat hilangkan dahaga orang,” tulisnya.
Tinjauan di ruangan komen mendapati ramai netizen meluahkan rasa kagum dengan harga minuman yang ditawarkan.
“Murah sungguh,” komen Sue ringkas.
“Makcik ni mesti berniaga sambil bersedekah. Moga panjang umur dan dimurahkan rezeki,” tulis pengguna @Kakiikan. -KOSMO! ONLINE
Murah betul makcik ni berniaga. Air teh o ais ikat tepi 50sen je jual. Kalau milo RM1 je. Murah rezeki makcik bagi orang ni hilang dahaga 🥹 pic.twitter.com/rKqX8PmTM2
— kamaghul deghaman (@kamaghul) June 17, 2025