fbpx

Pesawat bawa pulang jemaah haji terima ancaman bom

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pesawat Saudia Airlines mendarat cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kualanamu di Medan, wilayah Sumatera Utara. - ANTARA

JAKARTA – Sebuah pesawat yang membawa pulang ratusan jemaah haji dari Arab Saudi dilencongkan di Indonesia hari ini selepas ancaman bom dihantar menerusi e-mail kepada pihak berkuasa, kata badan penerbangan negara itu.

Direktorat Jeneral Penerbangan Awam berkata, ia menerima laporan daripada pengendali lapangan terbang Indonesia mengenai ancaman bom yang dihantar oleh individu tidak dikenali melalui e-mail.

“E-mel pada pukul 7.30 pagi (waktu tempatan) mengandungi ancaman untuk meletupkan penerbangan Saudia Airlines, SV 5276 yang terbang dari bandar Jeddah ke ibu negara Indonesia, Jakarta,” katanya dalam satu kenyataan.

Selepas pukul 10 pagi (waktu tempatan), juruterbang melencongkan pesawat dari destinasinya di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta Jakarta ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kualanamu di Medan, wilayah Sumatera Utara.

Penerbangan itu membawa 442 jemaah haji, termasuk 207 lelaki dan 235 wanita.

“Setelah mengenal pasti ancaman keselamatan, juruterbang memutuskan untuk melencongkan pendaratan ke lapangan terbang terdekat,” kata pengendali lapangan terbang Indonesia, InJourney Airports.

Seorang pegawai kementerian pengangkutan memberitahu AFP bahawa pesawat itu masih berada di Medan dan laman penjejakan pesawat, Flightradar24 turut menunjukkan kapal terbang terbabit masih di sana.

Lapangan terbang itu memindahkan kesemua jemaah haji, manakala unit pemusnah bom memeriksa pesawat untuk mencari bahan letupan, kata badan penerbangan tersebut dalam kenyataannya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI