fbpx

Mayat mangsa bot terbakar ditemui terapung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APMM Zon Kuala Kurau mengangkat mayat yang ditemui di laut untuk diserahkan kepada pihak polis di Jeti Nelayan Tanjung Piandang di Parit Buntar hari ini. - Foto WAT KAMAL ABAS/KOSMO!

PARIT BUNTAR – Mayat seorang mangsa insiden bot terbakar di perairan Tanjung Piandang di sini semalam ditemui terapung kira-kira dua batu nautika dari lokasi kejadian selepas hampir 30 jam berada di laut.

Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd. Hairil Othman berkata, penemuan mayat itu dibuat pada hari kedua operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang digerakkan awal pagi tadi.

Menurut beliau, operasi SAR hari ini menyaksikan penyertaan semula aset-aset yang digunakan semalam termasuk sebuah bot milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Perkasa 1238, dan sebuah bot Polis Marin RH34 selain dibantu 10 buah bot nelayan tempatan.

“Alhamdulillah, sekitar pukul 7.50 pagi tadi, satu mayat telah berjaya ditemui oleh bot nelayan tempatan yang turut serta dalam operasi pencarian ini.

“Mayat itu ditemui kira-kira dua batu nautika dari lokasi kejadian dan dipercayai merupakan lokasi mangsa terjatuh ke laut semasa insiden,” katanya pada sidang akhbar di Jeti Nelayan Bagan Selatan, Tanjung Piandang di sini hari ini.

Tambah beliau, pasukan SAR telah digerakkan seawal pukul 7 hingga 7.30 pagi dan hasil kecekapan serta kerjasama pelbagai pihak, penemuan mayat berjaya dilakukan dalam tempoh kurang sejam selepas pencarian dimulakan.

“Mayat mangsa telah dibawa ke Jeti Nelayan Bagan Selatan Tanjung Piandang dan diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan serta siasatan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI