fbpx

Katil, motosikal antara 94,000 tan sampah dibuang di Sungai Klang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah kapal pengorek sedang melakukan kerja mengorek dasar sungai di Sungai Klang berhampiran Taman Sri Muda, Shah Alam, hari ini. Foto Saddam Yusoff

SHAH ALAM – Motosikal dan katil merupakan antara 94,000 metrik tan sampah yang dikeluarkan di Sungai Klang sejak 2018 hingga April lalu.

Pengarah Urusan Syarikat Landasan Lumayan Sdn. Bhd. (LLSB), Syaiful Azmen Nordin berkata, lambakan sampah itu menjadi salah satu punca sungai berkenaan cetek.

Katanya, pihaknya memulakan projek pelebaran dan mendalamkan Sungai Klang pada 2022.

“Kami masih lagi meneruskan kerja-kerja mengeluarkan sampah di dasar sungai sambil melakukan kerja-kerja melebarkan dan mendalamkan sungai,” katanya ketika program taklimat dan lawatan Projek Mitigasi Banjir SMG Zon 8, di sini, hari ini.

Kerja pelebaran dan mendalamkan sungai itu sedang dilakukan melibatkan dua blok aliran. Blok 1 dari Jambatan Parang hingga Bandar Sultan Suleiman, Klang dan Blok 3 dari Kampung Sungai Kandis hingga Kampung Lombong, Shah Alam.

“Bagi blok 2 dari Bandar Sultan Suleiman hingga Kampung Sungai Kandis dan blok 4 dari Kampung Lombong hingga Kampung Pasir, Kuala Lumpur yang dijangka bermula tahun depan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI