fbpx

Wartawan banyak tolong AirAsia – Tony Fernandes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tony Fernandes

KUALA LUMPUR – Ketua Pegawai Eksekutif Capital A, Tan Sri Tony Fernandes memaklumkan idea pemberian 50 peratus tambang penerbangan adalah menghargai sumbangan wartawan yang selama ini banyak membantu pertumbuhan syarikat penerbangan tambang rendah itu.

Beliau berkata, dengan bantuan wartawan juga Air Asia berkembang dari dua buah pesawat dan kini mampu membawa lebih 50,000 penumpang sehari.

“Maka, apabila YB (Datuk Fahmi Fadzil) menyuarakan cadangan ini, kami terus bersetuju tanpa ragu-ragu.

“Kami akan wujudkan satu laman khas dalam tempoh tiga hingga empat hari untuk pengamal media membuat permohonan tiket dengan potongan diskaun hampir sama seperti tiket promosi khas kami,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Tambah Tony, walaupun diskaun yang ditawarkan adalah sebanyak 50 peratus, wartawan masih perlu menanggung caj cukai lapangan terbang dan perlu membuat perancangan awal bagi mendapatkan tambang paling rendah.

Menariknya, Tony turut mendedahkan bahawa salah satu pesawat AirAsia akan dinamakan sempena wartawan Malaysia sebagai tanda penghormatan kepada profesion itu.

Terdahulu, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil mengumumkan pemberian diskaun 50 peratus tambang penerbangan pergi balik AirAsia secara one-off ke 57 destinasi negara anggota Asean bagi menghargai sumbangan dan jasa mereka.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI