fbpx

Teliti justifikasi sebelum ambil tindakan – Adly

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ADLY Zahari beramah mesra dengan salah seorang ibu penerima sumbangan dalam Program Sentuhan Kasih Ibu – Menghargai Srikandi Yang Tidak Didendang di Alor Gajah, Melaka.AMRAN ALI/KOSMO!

ALOR GAJAH – Kementerian Pertahanan sedang melakukan penilaian terhadap lebih 200 belia yang dilaporkan tidak hadir menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) setakat ini sebelum sebarang tindakan penguatkuasaan diambil.

Timbalan Menterinya, Adly Zahari berkata, kementerian tidak mahu terburu-buru melaksanakan penguatkuasaan sebaliknya akan meneliti sebab diberikan oleh mereka yang gagal hadir ke program tersebut.

“Ya, kita sedang buat penilaian kerana kita tahu bahawa kita ada akta dan boleh bertindak, tetapi sebelum itu, kita ingin lihat justifikasi mereka yang tidak hadir, kemudian barulah kita ambil tindakan.

“Sama ada kita tingkatkan dari segi pelaksanaan atau perbaiki kelemahan yang ada, itu bergantung kepada hasil laporan dan biasanya ini akan dibentang dalam mesyuarat pasca Jemaah Menteri, jadi saya fikir dalam minggu depan kita akan terima maklum balas,” katanya selepas menghadiri Program Sentuhan Kasih Ibu – Menghargai Srikandi Yang Tidak Didendang yang berlangsung di Alor Gajah hari ini.

Adly yang juga Ahli Parlimen Alor Gajah menjelaskan bahawa walaupun kementerian mempunyai kuasa penguatkuasaan di bawah akta, pendekatan kesedaran dan sokongan masyarakat lebih penting dalam menjayakan PLKN 3.0.-KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI