fbpx
Fahmi ketika berucap pada Majlis Hawana 2025 di WTC Kuala Lumpur di sini, hari ini. Gambar ISKANDAR ISHAK

Akta Majlis Media Malaysia berkuat kuasa hari ini – Fahmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Akta Majlis Media Malaysia secara rasmi berkuat kuasa bermula hari ini, bersempena sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2025.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, pewartaan akta tersebut dilakukan secara simbolik pada tarikh ini sebagai satu penghormatan kepada para pengamal media yang selama ini banyak menyumbang kepada pembangunan negara.

“Untuk makluman semua, saya telah menandatangani pewartaan Akta Majlis Media Malaysia yang berkuat kuasa hari ini, 14 Jun 2025. Kita pilih tarikh ini secara simbolik sempena Hari Wartawan Nasional.

“Kita percaya ini adalah salah satu reformasi paling besar dan diharap paling bermakna buat rakan-rakan media,” katanya dalam sidang media selepas majlis sambutan Hawana 2025 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini hari ini.

Menurut Fahmi, penubuhan Majlis Media Malaysia akan menjadi satu platform penting bagi mewujudkan wacana bermakna melibatkan para pengamal media, sekali gus memperkukuh amalan kebebasan dan etika kewartawanan di negara ini.

“Malah, majlis ini akan terus beroperasi tidak kira siapa yang menjadi kerajaan, dan kita harap ia akan dapat dilaksanakan dengan baik,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI