fbpx

[VIDEO] Selamat tinggal India, perjalanan akhir dua sahabat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman terakhir dua sahabat sebelum nahas penerbangan Air India.

PETALING JAYA – Dua sahabat baik warga Britain sempat berkongsi rakaman terakhir mereka di India hanya beberapa jam sebelum menaiki pesawat Air India yang terhempas pada petang semalam.

Salah seorang mangsa dikenali sebagai Jamie Meek, Pengarah Pusat Kesejahteraan The Wellness Foundry di London, yang baru sahaja menamatkan percutian di India bersama sahabatnya, Fiongal Greenlaw-Meek.

Menerusi hantarannya di media sosial, Jamie dan Fiongal dirakam berada di lapangan terbang sambil mengucapkan selamat tinggal, seolah-olah memberikan bayangan mengenai tragedi yang bakal berlaku.

“Kami berada di lapangan terbang, baru nak naik pesawat. Selamat tinggal India,” ujar Fiongal.

“Selamat tinggal, 10 jam lagi sampai England,” tambah Jamie.

Rakaman itu menjadi kenangan terakhir dua sahabat yang dilaporkan antara mangsa dalam nahas tragis tersebut.

Tinjauan di ruangan komen di media sosial, rata-rata pengguna meluahkan rasa sedih dan takziah atas pemergian mereka dalam insiden tragis itu.

“Sedih tengok auto teringat MH370 dan MH17,” komen @Aurora.

“Kasihan para mangsa. Paling mendebarkan bila pesawatnya berlepas dan mendarat, macam-macam ada dalam otak. Agaknya ‘macam’ yang dalam otak aku tu yang terjadi kat India ni,” kata @Nyale. -KOSMO! ONLINE

@saif_ul_muneer incident air India flight Last video of Two British passenger of Air India Flight Which crashed.#breakingnews #plane #airport #incident #lindan #airplane #flights #crashed #airindia #breakingnews #foruyou ♬ original sound – saif ul

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI