fbpx

Guru noda pelajar perempuan didakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

SEREMBAN – Seorang guru lelaki sebuah sekolah menengah di Tampin didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar perempuan berusia 14 tahun, bulan lalu.

Tertuduh, Muhamad Asyraf Ahmad, 36, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datin Surita Budin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh telah melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 14 tahun tiga bulan semasa kejadian.

Kesalahan itu dilakukan lebih kurang pukul 9 pagi di dalam kereta di Kilometer 242.1 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, dalam daerah Rembau pada 17 Mei lalu.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan dibaca bersama Seksyen 16(1) akta sama dan jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga disebat.

Mahkamah membenarkan jaminan RM12,000 dengan seorang penjamin dengan syarat-syarat tambahan dan kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 15 Julai depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI