fbpx

[VIDEO] ‘Duduk kondo pun subur tanam pokok pisang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan keadaan balkoni unit kondominium yang dipenuhi beberapa batang pokok pisang dan tumbuhan hijau lain.

PETALING JAYA – Sebuah unit kondominium mencuri perhatian ramai apabila beberapa batang pokok pisang kelihatan subur di balkoni, lengkap dengan tumbuhan semak-samun lain.

Perkara itu dikongsi menerusi satu hantaran video di TikTok milik @Nasrulhissam yang merakam dari jauh keadaan balkoni unit kondominium berkenaan yang dipenuhi dengan pelbagai tumbuhan hijau.

“Siapa cakap duduk kondo tak boleh bertani,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna terhibur melihat keadaan balkoni yang kelihatan seperti ‘kebun mini’ di udara.

“Masalahnya subur tu, aku yang tanam kat tanah ni pun mampus semua pokok-pokok aku, tanam pokok pandan pun tak nak hidup,” kata @Suzila81.

“Nasib dia tak tanam pokok durian kat kondominium, dah satu hal jiran nak kena kutip,” seloroh @Mjvbathzq.

“Biasa orang tanam pokok cili, daun pandan dengan daun kari. Ini tanam pokok pisang,” komen @Nishharrith. – KOSMO! ONLINE

@nasrulhissam sape cakap duk kondo xleh bertani 🤣🤣 #viral #fyp #viralreels #video #kondo #pisang ♬ Meow number 16 – The kitten’s nose – AtilaKw

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI