fbpx

Penduduk terkejut, daging korban kena bayar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk tempatan perlu membuat pembayaran untuk mendapatkan daging lembu korban. - TikTok

JAKARTA – Penduduk di Bekasi, wilayah Jawa Barat terkejut apabila mereka dipaksa membayar 15,000 rupiah (RM4) untuk mendapatkan daging lembu korban, lapor portal berita Lambe Turah. 

Kejadian berlaku di kejiranan Batargebang, baru-baru ini. 

Rakaman dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @akkadeui0 menunjukkan beberapa wanita dalam perjalanan pulang ke rumah sambil memegang plastik berisi daging korban. 

Salah seorang wanita memberitahu perakam bahawa dia perlu membayar 15,000 rupiah untuk mendapatkan sebungkus daging. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 104,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Daging korban perlu disedekahkan kepada yang memerlukan! Kenapa kena bayar pula?” kata seorang netizen. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN