fbpx

Nahas UPSI: Tidak pelik jika bau wangi di lokasi – Bomba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar hantaran pengguna Facebook yang mendakwa bau wangi dapat dihidu di lokasi kemalangan tersebut pada hari kejadian.

GERIK – Kehadiran bau wangi sewaktu operasi menyelamat dilaksanakan di lokasi nahas yang meragut nyawa 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli di sini awal pagi Isnin lalu menjadi tular di media sosial.

Ini selepas seorang pemilik akaun TikTok memuat naik hantaran berkongsi pengalaman mengenai kemunculan bau wangi ketika operasi dilakukan pada pukul 2 hingga 5 pagi.

“Korang (kamu) nak tahu tak, masa tengah operasi keluarkan adik-adik (mangsa) UPSI, kawasan itu bau wangi sangat,” katanya.

Hantaran tersebut dibalas oleh beberapa pengguna lain yang menzahirkan perasaan sedih dan mendoakan kesejahteraan kesemua mangsa yang terlibat.

Mengulas mengenai perkara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gerik, Mohd. Azizan Aziz berkata, pihaknya tidak dapat mengesahkan dakwaan seperti dalam video tu;ar berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, tidak pelik sekiranya terdapat bau wangi yang berkemungkinan berpunca daripada barangan peribadi mangsa termasuk pewangi yang berterabut ekoran tragedi tersebut.

Seorang pemandu kenderaan berat dikenali sebagai Faizal berkata, kawasan kemalangan di puncak Titiwangsa itu popular dalam kalangan mereka dan mengambil sikap berwaspada setiap kali melalui lokasi tersebut.

Dalam kejadian itu, sebuah bas persiaran membawa 42 pelajar UPSI terbabas sebelum melanggar kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza yang dinaiki empat beranak di selekoh Kilometer 53, JRTB Gerik-Jeli.

Seramai 13 mangsa maut di lokasi kejadian, manakala dua lagi meninggal dunia di hospital.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI