fbpx

Guru, anak mati dibunuh dalam rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG guru wanita dan anak lelakinya ditemui mati dipercayai dibunuh dalam kejadian di Taman Rambai Mutiara, Bukit Rambai, Melaka, hari ini.

MELAKA – Seorang wanita dan anak lelakinya ditemukan mati dipercayai dibunuh di sebuah rumah di Taman Rambai Mutiara, Bukit Rambai, di sini, pagi tadi.

Difahamkan, seorang ahli keluarga tersebut terselamat, namun mengalami kecederaan dan sedang mendapatkan rawatan di hospital.

Mangsa wanita dipercayai guru dan ibu tunggal.

Tinjauan Kosmo! di lokasi mendapati pasukan forensik masih melakukan siasatan di lokasi kejadian. Mayat mangsa belum dibawa keluar oleh pihak polis.

Berita lanjut menyusul.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI