fbpx
Tangkap layar sebuah lori pasir terbalik di hadapan pejabat Pos Bukit Rotan, Kuala Selangor hari ini.

Pejabat pos tertua di Malaysia nyaris dirempuh lori pasir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Sebuah lori pasir nyaris merempuh Pejabat Pos Bukit Rotan, Kuala Selangor yang berusia 99 tahun di Bukit Rotan, Kuala Selangor, hari ini.

Difahamkan, lori tersebut hilang kawalan gara-gara mengelak sebuah kenderaan Perodua Ativa yang keluar melulu dari simpang berdekatan lampu isyarat sebelum melanggar bahagian hadapan bangunan bersejarah itu.

Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan dan kerosakan hanya melibatkan sebahagian kecil struktur hadapan pejabat pos.

Pejabat pos yang dibina pada tahun 1926 itu merupakan yang tertua di Malaysia dan dijadual menyambut ulang tahun ke-100 pada tahun hadapan.

Insiden itu turut menarik perhatian orang ramai yang bimbang ikon warisan tersebut akan lenyap jika tidak dijaga rapi. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI