fbpx
Tangkap layar menunjukkan guru itu menendang kepala seorang pelajar lelaki di dalam kelas. - TikTok

Guru berdiri atas meja, tendang kepala pelajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang guru sebuah sekolah menengah di Demak, wilayah Jawa Tengah menerima kecaman ramai selepas dirakam menendang kepala anak muridnya, lapor portal berita Lambe Turah. 

Kejadian berlaku di SMP Negeri 1 Karangawen semalam. 

Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @matajateng menunjukkan guru lelaki itu berdiri di atas meja seorang pelajar sambil melontarkan beberapa soalan dengan nada tinggi. 

Dia kemudian menendang kepala pelajar terbabit yang dikenali sebagai G, secara berulang kali. 

Menurut kakak mangsa, situasi itu tercetus apabila guru berkenaan terdengar bunyi siulan di dalam kelas dan menuduh adiknya sebagai pelaku. 

Rakaman itu menjadi tular dan menimbulkan pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial. 

“Dia perlu dipecat dengan segera!” kata seorang netizen. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN